Ahad, 2 Januari 2011

EPISOD BARU.......

Salam kasih sayang, salam perjuangan untuk mu generasi pewaris para anbiya'.Sekian lama rasanya tangan ini tidak mecoret sesuatu di sini, antara alsannya ialah tidak berkesempatan dan kekurangan ilham maka laman ini dibiarkan sunyi tanpa khabar berita. Alhamdulillah, hari ini Allah telah mengizinkan kembali untuk aku berkongsi dengan kalian di sini.

Bermula semalam, tanggal 2 Januari 2011 aku kembali menjejakkan kaki di bumi tg.malim setelah sebulan menghabiskan masa di utara semenanjung tanah air dengan bermacam aktiviti bersama teman dan keluarga tercinta walaupun mungki n percutianku tidak semenarik orang lain seperti bercuti ke Cameron Highlands dan seumpamanya tapi aku gembira berda di samping insan2 tersayang.

2011 merupakan episod baru yang harus ditempuhi oleh aku dan keluarga. Aku kini berada di semester 6 pengajian yang mana telah menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar dan aku berjanji akan mendapatkan sasaran pointer yang aku harapkan. Bagi adik aku afiqah, kini berada di semester 2 di unisza dan harapan aku semoga dia akan menjadi semakin matang seiring usia nya. Bagi afifah adik aku yang ketiga pula, tahun ini sememangnya akan menjadi tahun yang penuh dan sibuk kerana dia merupakan calon spm 2011.Terasa begitu cepat masa berlalu, adik2 aku kini dahh besar dan hampir sama besar dengan aku.:). Muhammada adib yang merupakan satu2nya anaktunggal dalam keluarga dan yang paling manja kini telah memasuki alam sekolah menengah dan tahun ini dia akan belajar tinggal di asrama!. kebanyakan orang risau sama ada dia mampu atau tidak tinggal di asrama dan harapan aku sebagai kakak, semoaga adik aku tabah dan dapat mengahrungi semuanya dengan baik. Oh,ya adik aku ni sedang belajar dalam pengkhususan tahfiz.Doakan semoaga dia berjaya menjadi seorang al-hafiz.
Adik aku yang bongsu dan manja pula rabiatul adawiyah kini sudah masuk tahun lima tapi ada yang ingta dia baru nak masuk tahun satu.Ini mungkin kerana fizikalnya yang agak renek dan kelatahnya yang manja@ aku lebih suka kata mengada-ngada.:)

So, tahun 2011 ini membuatkan rumah a ku di perlis di huni oleh dua orang sahaja iaitu mak dana adik bongsu. Sudah pasti agak sunyi tapi semuanya harus dikorbankan demi sebuah perjuangan dan semoga pengorbanan ini akan menjanjikan kejayaan yang manis di hujungnya.

Sekian dahulu..:)

Selasa, 3 Ogos 2010

bUaT BaKal sUaMIKu....


Ya Allah….

Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan ya Allah… ya Tuhanku yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…

Tetapi ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan…. dia bukan milikku… Bawalah ia jauh dari pandanganku supaya ak tdk brtrusn mlakukn ksilapan ini…. Luputkanlah dia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….

Serta ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengerti…. Berikanlah aku kekuatan… supaya dapat melupakan dirinya… Walaupun tanpa bersama dengannya… Dan ya Allah yang tercinta… Gantilah dia dengan seseorang yang Engkau telah takdirkan utkku…

Ya Allah ya tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buatku…. kerana Engkau Maha Mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama2 dapat membina Kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Amin.. Ya Rabbal A’lamin. .


Salam Sejahtera buat bakal suamiku, moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak pernah kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Ku mulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah S.A.W kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini… Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, InsyaAllah.

Calon zaujku,

“Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu…”


Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini. Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh umi dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata …


“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Ar-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku hanyalah insan biasa di dunia ini. Umi dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti, aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam A.S dan bonda Hawa A.S, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu …

“…maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri…” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini, aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

“Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya.” (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”.(An-Nissa’:34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia, aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syurga kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga InsyaAllah…

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar? Ketahuilah, aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, InsyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah S.A.W, kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah S.A.W tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.

Wassalam

Dari,
Tulang rusuk kirimu.

Pertemuan… menghadiahkan kita kasih sayang… jika cinta satu pasti bertemu… ia tidak ternilai… kerana antara hati kita telah tiada antaranya lagi yg ada hanyalah cinta kasih Ilahi… kita berpisah hanya sementara kerna pertemuan bukan milik kita… jasad dan suara berjauhan sentiasa namun cinta abadi… biar berpisah selalu menderita kerana syurga menagih ujian sedang neraka dipagari oleh nikmat bertemu tidak jemu… berpisah tak gelisah…

Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu …

Khamis, 15 Julai 2010

Perjuangan dan Rindu...

Memasuki semester baru sudah semstinya menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar, seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab serta manah yang kian bertambah. Dan semoga dengan cabaran- cabaran ini tidak akan mematahkan semangat kita sebagai seorang pelajar mahupun sebagai khalifah Allah untuk mentdbir bumiNya malah biar ia menjdi pembakar semangt untuk kita kembali kepadaNyA dengan selamat. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit usah dihitung kerna jika ikhlas dan betul niat d hati pasti ia akan terbayar di sana suatu hari nanti.:).

Antara perjuangan sebagai mahasiswa di kampus dan nafsu untuk sering berada di samping keluarga tersayang sering menjadi dilema , dan selalunya aku akan memilih untuk berada bersama keluarga lebih lama sama ada keluarga di k.l atau di perlis.:) Tapi aku sedar kini setelah menjejakan kaki di semester lima aku harus membuata najakan paradigma yang baru iaitu korbankan masa dengan keluarga untuk sesuatu yang 'penting '.

Antara rindu dan perjuangan kini aku memilih perjuangan.....bila rindu boleh telefon..hehehe...:) dan apa yang aku rasakan kini ialah selagi di beri kesempatan kenapa tidak aku korbankan masa muda ini untuk sesuatu yang penting dan aku pasti menyesal kiranya aku membiarkan masa muda ku berlalu begitu sahaja..:)

Ahad, 16 Mei 2010

PERTEMUAN SEMULA...

ALHAMDULILLAH..pertama dan selamanya syukur tak terhingga kepada Allah yang telah mempermudahkan urusan kami..rindu kami sekian lama untuk bertemu semuanya sekali dan mengimbau kenangan lalu akhirnya tercapai dan terasa begitu sekejap masa yang kmai ada bersama..tak puas bercerita kerana masing- masing sibuk menguruskan persiapan untuk pertemuan semula selepas dua tahun..tapi kehangatan ukhwah itu sangat terasa..kalianlah sahabat terbaik ana sepanjang hayat ini..insyaAllah..moga kekal selamanya..

Dalam sibuk mengurus reunion ni, sudah pasti macam- macam perkara dan dugaan muncul dan hmpir menggugat kesabaran tapi alhamdulilah semuanya selamat..bayangkan..hampir pulukul 1 pagi ana, syikin dan hudassari keluar pergi barang yang kehabisan..mujur tak ada apa- apa yang berlaku..pengalaman baru sebenarnya bagi kami semua semasa menguruskan pertemuan semula ini..tak terancang pada awalnya untuk kami masak dan menyediakan sendiri makanan untuk pertemuan itu..memang di saat akhir baru semuanya di rancang..betul- betul saat akhir..maaf kepada muslimin sekiranya apa yang kami sediakna tak menepati citarasa. Niat di hati ingin bertany apa yang muslimin nak tapi syura di saat akhir pada ana lebih baik muslimat saja memutuskan segalanya.maaf.

Pengalaman dan kegembiraan pada 15/05/10 ana rasa ana lebih terkesan dengan pengalaman kerana ana rasa antara muslimin dan muslimat belum timbul satu keserasian atau komunikasi yang baik..maaf, malu memang patut dipelihara tapi seperti ana datang ke reunion tu semata- mata nak makan..bukan kondem tapi melihat kelemahan yang ada supaya dapt diperbaiki lagi..

Terima kasih tak terhinnga untuk semuanya..ana sedar dan tahu kita semua dan cuba yang terbaik untuk reunion ini..usaha dan tenaga kalin is the best..semoga apa yang berlaku tak berakhir di sini saja dan harap ia terus berkekalan...:)sayang semua..dan satu pinta ana..jika ada kesalahan di pihak sahabt kita tegurlah dengan berhikmah, tanda cinta sahabt bukan mengiyakan saja semua perlakuannya tetapi mengur dengan ikhlas semoga sama- sama kita bertemu di jannah dan menjadi jiran di sana...:)

Rabu, 21 April 2010

CinTa SaHaBat~~~~


Selama ini ku mencari- cari teman yang sejati Buat menemani perjuangan suci Bersyukur kini padaMu Ilahi Teman yang dicari selama ini telah kutemui Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Ilahi Kepada Mu Allah ku panjatkan doa moga berkekalan kasih sayang kita Kepada Mu teman ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian Telah ku ungkapkan segala-galanya selama ini ku mencari- cari teman yg sejati buat menemani perjuangn suci bersyukur kini pada Mu Ilahi teman yg dicari selama ini telah ku temui denganya disisi pejuangan ini senang diharungi bertambah murni kasihh Ilahi KepadaMu Allah ku pohon restu agar kita kekal bersatu kepadaMu teman teruskn pejuangn, pengorbanan dan kesetiaaan telah ku ungkapkan segala-galanya itulah tandanya kejujuran kita... ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani pejuangan suci........


Alhamdulillah...setelah aku berusia 22 tahun aku rasa aku dah temui sebahagian dari apa yang aku nak dalam hidup ni dan aku telah berjumpa dengan insan- insan yang bagi aku adalah anugaerah tak terhingga dari Allah kepada aku. Aku sangat bersyukur kerana aku dikurniakan sahabt- sahabt yangsefikrah dengan aku atau satu matlamat. Matlamat utama kami dalamkehidupan ini adalah mencapai cinta paling Agung iaitu cinta Ilahi. Betapa bahagia dan nikmatnya mempunyai sahabt-sahabat seperti ini teras hidup begitu indah walaupun tidakdi isi gelak ketawa yang berderai- derai mahupun hang out pergi menonton wayang.

Dahulu aku rasa aku bersahabat kerana tidak mahuu bersendirian dan tidak mahu dikatankan tiadak ada kawan, dan aku juga tidak menafikan aku bershabat kerana ada unsur kepentingan untuk diri sendiri seperti berjalan bersama ke sekolah dankawanuntuk membuat kerja rumah sekali. Hmmm....tapi aku tidak menyesal kerana ukhwah itu akhirnya daopat aku rasai dan kenangan manis tetap segar dalam ingatan.

Hari ini, aku dapat rasakan setiap sahabat yang aku cinta muncul di minda setiap hari dan kerinduan tak pernah berkurang. Meskipun kami berjauhan tapi ingatan, nasihat, semngat dan perangsang tak prnah sunyi antara satu sama lain. Dan apbila seorang sakit maka yang lain turut rasa pedihnya ibarat cubit paha kiri paha kanan turut tersa.



Aku meras nikmat bersahabt dan ukhwah yang sebenar adalah semasa akuberada di tinkatan enam.mungkin ketika itu aku sudah sedikit matang dan bersahabat bukan untuk berseronok lagi tetapi kerana mengejar satu matlamat yang sama. Alhamdulillah, semua sahabat ku itu( puteri 7 orang) mempunyai peribadi yang mulia dan sefikrah atau satu kepala denganku. Kami sering bercakap tentang perkara2 meruntuhkan akhlak islam dan umatnya yang semakin terpesong. Bersama sahabat yang aku kenali sejak di tingkatan satu lagi, NADIA ABD RAHMAN, kmai sering bercakap tentang mati dan iman yang semakin bertambah dan berkurang. Dengan sahabat- sahabt tercinta ku seperti NURUL AFIQAH, MASTURA, WAN NURUL FARHANA, NORASYIKIN dan NUR ALHANA juga aku sering bermuzakrah atau berdiskusi tentang hal- hal yang menyakitkan iman dan akal. Walaupun kadang- kadang kami juga tidak terlepas dari tersa antara satu sama lain kerana masing- masing mempunyai perangai masing- masing. Aku semasa di tingkatan enam telah menjaddi seorang yang agak serius dan tegas ( sebab jadi pengawas kot) tapi dalam mas yang sama masih gemar membuli orang dan melakukan perkara yang melanggar displin terutama asrama! hehe...ponteng asrama dan tidur di rumah ustazah Asiah sudah menjadi kebiasan bagi aku dan kadang- kadang Nadia turut serta dalam agenda aku. Keesokan kami denag baju sekolah yang sama menumpang kereta ustazah ke sekolah, untuk pengetahuan anaka ustzah Asiah merupakan sahabat baik aku, jadi ketika dia cuti semester aku mengambil kesempatan melepak di rumahnya. Haahahahaha...ustzah pula ssporting gila.:).

Nadia Abd Rahman, sahabat paling lama yang aku kawan dan masih utuh persahabtan itu sejak dari tingkatan satu lagi.:)0. Karakter yang lemah lembut dan mempunyai wajah yang ayu memang dia akan memikta hati sesiapa saja yang memandang. Tidak dinafikan, kadang- kadang aku juga jelous sebab dia sering jadi perhatian ramai. Tapi itu dulu ketika masih tidak matang dan amat kebudak- budakan. Di sebalik wajah ayu itu, ada satu kedegilan juga sebenarnya dia ni, mungkin oran lain tak nampak tapi aku sering geram dengan dia, degil bila aku nasihat. Huhuhu..mungkin cara aku yang tak kena:) Ada juga kegilaan yang oran tak akan sangka.hmm..tak usah di cerita la... Alhamdulillah sekarang dia sudah berumah tangga dan menunggu saat kelahiran anak sulungnya. Nadia satu nama yang aku tak akan lupa dan aku ingat kerana terlalu banyak kenangan indah bersamanya dan kegilaan yang kami lakukan bersama sejak dari menengah rendahdan kami semakin matang dari semasa ke semasa. Kematangan kam membuatkan kami lenih menghargai erti persahabatan yang terbina kerana Allah S.W.T. Jika dulu yang sering dibicarakan ialah tentang siri kartun Dragon Ball dan Slamdunk tapi kini membicarakna bagaimana untuk tingkatkan keimanan, bagaimana untuk mujahadah bangun malam, bagaimana untuk membetulkan diri dan ummah dan sebagainya.


Mastura Ahmad. Bila aku terkenangkan dia, pasti aku akan tersenyum dengan keletahnya :).Jika dibandingkan dia dengan nadia, mugkin mastura lebih kelihatan lembut dan manja.Maklumla anak bongsu katakan.Mastura seorangyang tak jemu dipandang kerana senyuman sering terukir di bibirnya walu kadang- kadang ada juga dia bermasm muka tapi tak pasti kenapa dan kami semasa di asrama agak hairan dengan tingkah itu. Seorang yang lembut dan manja seperti mastura, sudah pasti akan mudah di buli. Siapa yang membuli? siapa lagi kalau bukan aku dan pn.nadia bt abd. rahman.Kesian mas...:) Mastura dtangya ke smkaa untuk ambil stpm, datangnya dari sekolah bersebelahan aasrama puteri smkaa iaitu al-maad.Orangnya pandai berpidato dan petah bertkata- kata. Dalam tingkatan enam, hanya aku dengan dia yang menjadi pengawas puteri. Hmm..jadi banyak perkara yang kami lakukan bersama dan kami bedua juga antara nama yang paling di ingati oleh guru- guru tingkatan enam tetapi nama mastura lebih di ingati kerana dia sering bertanya di dalam kelas berbanding aku walaupun aku lebih lama berada di smkaa. Kin mastura belajar di ukm dalamjurusan dakwah dan kepimpinan dan amat sesuai bidang itu dengannya. Kini, setelah nadia telah berumah tangga mas la tempat aku berkongsi rasadan aku juga menjadi tempat untuk mas mengadu dan bercerita sementelah kedua ibu dan bapanya telah pergi menghadap Ilahi dalam tempoh yang amat dekat. Kesian mastura tetapi dia seorang yang kuat dan aku sering meminta kata semagat dari dia. Alhamdulilah tiada lagi buli seperti dulu, ukhwah itu semakin teras jika Allah menjadi matlamat.:)

Norasyikin Abdullah. Orangya kecil molek tapi apabila bercakap laju seperti bertih jagung.:). Comel betul dia dan perkara yang aku suka pasl syikin ialah dagunya.:) Aku suka pegang dagunya ynag runcing dan kadang- kadang dia agak lema dengan cara ku itu.Tapi dia tak mudah melenting sebab itu bila dia larang berkali- kali pun aku tidak kisah.:). Syikin agak kamceng dengan nurul afiqah/ nurul( bakal dicerita) entah kenapa pun tak pasti sangat tapi mungkin kerana masing- masing mempunyai adik angkat dan adik angkat mereka pula berkawan baik.:). Syikin juga telah kehilangan ibunya setahun yang lalu akibat kemalangan . Kasihan kerana dia hanya mempunyai dua orang adik beradik dan dia juga merupakan anak bongsu. Syikin seperti mastura yang juga seorang yang amat kuat dan tabah..Aku kagumi. Apa lagi nak disebut tentang syikin?erm..sangat berjimat cermat berbanding aku, seorang yang rajin dan agak kuata berleter juga( berleter dekat aku) tapi aku suka cara dia yangtak menyakitkan hati.:) dan setiapkali cuti smester pasti kami akan berjumpa kerana rumah kami agak dekat dan aku la yang akan selalu berkunjung ke rumah dia . Dia akn singgah ke rumah aku sekiranya nak ke mana- mana dengan aku sebab mudah dapat bas dekat rumah aku. Dia kini study di udm, jauh sangat minta universitiberbanding orang lain, mengambil kos yang sama dengan aku, dia jak aku mengisi universiti yang sama ketika mengisi borang pemohonan upu tapi aku dah tawar hati dengn udm sebab masa aku minta selepas spm dulu tak dapat.:(. Tapi kini sedikt penyesalan di hati sebab sahabat baik aku ramai di sana dan aku kesorangan di UPSI.

Nurl Afiqah. Satu nama yang comel seperti tuannya juga. Sahabat- sahabt di tngkatan enam memang comel- comel belaka.:). Nurul pada pandangan sahabat putera seorang yang fanatik dengan kumpulan devotees..hahaha..entahlah..Dia kinimenjadi guru / ustazah di taman asuhan kanak- kanak dan mengajar al-Qur'an.Wah! cemburuaku denagnnya, sudahla mendapat gaji setiap bulan, pahala juga tak putus- putus. Alhamdulillah, rumah aku dan rumah nurul pun agak dekat, dalam kawasan yang sama dan nurul seprti syikin juga yang akan sentiasa singgah di rumah aku bila kami nak kemana- mana.:) Nurul seorang yang pendiam dan penuh berahsia. Sukar untuk aku gambarkan sepenuhnya tentang nurul. Nurul seorang yang sentiasa cool bagi aku tapi dlam hati siapa tahu, hanya Allah dan empunya diri saja yang tahu. Erm, semasa di asram nurul juga antara senir yang digemari adik- adik dan mungkin kerana dia sememangnya cool berbading aku yang orang agak takut.( ye ke takut?) Kerana memiliki wajah yangayu dan lembut seperti nadia, nurul juga sering menjadi usikan pelajar nakal tapi dia tak layan pun.

Wan Nurul Farhana. Tak susah untuk menggambarkan perwatakannya. Dia seorang yang happening tapi agak mudah merajuk semaa di sekolah dulu.Minat dengan serita- cerita korea dan gemar melakat animate dan fesyen.Kami sering meminta wanuntuk melakar fesyen- fesyen yang kami minat. Wan juga mempunyai sura yang agak bagus dan suka menyanyi.Lagi tentang sahabat ku nan seorang ini ialah fanatik pada certa korea!hehe.masa di sekolah dulu aku agak risau dengan mintnya terhdap rancangan tv dan membaca novel. Tetapi tak pula aku risau tentang aku yang melepak di rumah ustazah untuk tengok cerita korea walaupun ketika itu sedang trial exam!:). Kini dia sedangstudy di KUIN, ;) Alhamdulillah dan mengambil kos syariah. Dan sedikit- demi sedikti dia berubah dan kini telah memakia niqab dan menemui cita sejatinya yang teragung iaitu cinta Ilahi. Aku amat gembira denga perubahan itu dan terasa semakin sayang dan ukhwah aku dan dia terasa lebih ibdah dan semoga Allah juga menunjukkan jalan yang benar kepada aku dan sahabta yang lain.


Nur Alhana. Tidak aku nafikan yang hubungan aku dengan k. na selepas sekolah agak renggang bukan kerana apatetpi kerna kesibukan masing- asing. Apatah lagi k.na kini memegang jawatan penting dalam PAS negeri. Kenapa k.na??ni kerana umurnya lebih setahun dari sahabat- sahabat yang lain.:) K.na uga merupakan seorang guru tadika seperti nurul.Alhamdulilah.K.na berpewatakan seperti ibu bagi kami, ialah kerana dia juga adalah kakak dan wataknya yang lembut dalam tegas. Amat sayang pada k.na yang juga mempunyai hubungan saudara dengan aku.K.na seperti syikin dan masyang datang dari al-maad.K.na mempunyai banyak idea dan mempunyai ciri kepimpinan tetapi tolak ketika dilantik menjadi pengawas dan memilih untuk menjadi pengawas perpustakaan bersama syikin.Entahlahbanyak ang aku nak gambarkan tetang k.na, terlaul banyk hingga tak tegambar disini. Oh ya, kadang- kadang k.na juga tak la smatan mana. heheh..ada jugaperilakunya yang seperti budak- budak.hehehe..makan lolipop.maaf k,na.





Duhai sahabat- sahabat tercinta, moga kita akan kekal bersahabat selmaya hinnga ke alam sana. Sebenarnya ramai lagi sahabat- sahabat yang aku sayangi yang aku coretkan disini tetap pada kali ini aku hanya mencoretkan sahaba sahabt semas di tingkatan enam dahulu kerana setiap waktu dan ketika kami sering saja bersama. Satu kelas, satu dorm dan satu matlamat. Biarpun apa yang kami lakukan kini tidak sama tetapi perjuangan dan matlamat itu masih sama iaitu demi Islam tercinta dan kerana itu ukhwah itu semakin terasa. Walau jarak dan waktu memisahkan kami tetapi ukhwah itu berpanjangan dan sentiasa mekar. Masih ku ingat semasa di kem BTN, kami bertujuh menjadi perhatian kerana pakaian dan tingkah kami yang berbeza dari yang lain. Pelajar sekolah lain agak hairan dan terkejut kerana natara kami dan pelajar muslimin walaupun satu kelas tetapi semasa di dalam kumpulan tidak berbicara antar satu sama lain dan seolah- olah tak pernah mengenali pun. Alhamdulilah ada yang mendekati dan bertanya untuk memiliki tudung labuh yang seperti kami pakai.:)

Aku mencintai sahabt kerana cintanya pada Allah dan Islam, andai hilang cintanya pada Alllah maka hilanglah cintaku padanya. Aku harap ukhwah ini indah selamanya dan tidak dicemari oleh perasaan lain selain dari Allah. Alhamdulillah, syukur aku kepada Allah dengan kurniaan anugerah tidak terhingga seperti sahabat semua.:) <3

Ahad, 18 April 2010

Lembut tapi berhemah dan penuh hikmah...

Aku suka bila orang berbicara dengan aku dengan lemah lembut..kenapa??entahlah kerana bila orang berkasarr aku akan mudah teras.Pelikkan aku sedangkan aku nak orang berlembut dengan aku tapiaku sendiri bercakap kasar dengan orang.Tapi bagi mereka yang nak aku dengar nasihat merekaatuajak aku berubah , erm kena la tahu cara nak tarik aku iaitu denga berhemah dan berlemah lembut sebab aku rasaaku ego. Lagi orang berkasr lagi tu aku pun akan berkeras.Huh! teruknya aku. Inilah kelemahan aku, moga suatu hari Allah akan melembutkan hati aku.


Dengar seperti aku sangat mementingkan diri sendiri kandan tak pikirkeadaan orang lain.Yes! mungkin kerana aku adalah madh'u juga yangperlu terusdiseru dengan berhemah dan berlemah lembut.Bukan aku kata apa yang diseru tak bagus akau yakin seamat yakin merekainginkan perubahan aku demi kebaikan aku tapi...hati aku masih sukarnak terima ajakan yang seolah-olah seperti aku buruh paksaan. Aku sukapada dakwah yang disampaikan oleh beberapa sahabat yang aku boleh ikut ajakannya. Lembut dan berkesan, lembut dalam tegas dan aku ingin mencontohinnya.


So, kaedah terbaik aku perlu mencari kawan yangaku boleh ikut ajakannya bukanyangsekadaraku boleh 'tumpang' sakit hati dan akhirnya aku yang berdosa. To improve i need tochanges and to changes i need to move.:). Perubahan sentiasa terjadi tak kira bila dan di mana sekalipun dan kepada da'ie2di luara sana, kenali dahulu siapa mdh'u anda sebelum anda menghentamnya.:)

Sabtu, 17 April 2010

TERASING DI BUMI SENDIRI...


"Sesungguhnya Islam bermula dengan keadaan asing, dan akan kembali asing, maka berbahagialah orang- orang yang asing." Rasulullah telah bersabda seprti ini agar menjadi pedoman bagi umat Islam sekelian alam. Tapi adakah kita telah menjadi antara orang yang asing? Bukan pendatang asing tanpa izin ataupun makhluk asing tapi asing dari yang biasa . Apakah yang anda faham di sini tentang seruan '...maka berbahagialah orang-orang yang asing?'

Pada hemat aku dan apa yang aku faham melalui pengajian dan pembacaan, yang dikatakan orang- orang yang asing adalah orang yang bebas dari melakukan dosa tetapi bukanlah ma'sum kerana Nabi pilihan Allah saja yang layak digelar ma'sum. Yang dimaksudkan sebenarnya adalah mereka yang sentiasa mengelak dari melakukan dosa dan berusaha untuk merebut cinta ter Agung iaitu cinta Ilahi. Asing yang aku fahami juga adalah tidak menghampirkan diri kepada perkara yang melalaikan. Seperti yang kita ketahui, sudah tidak ramai yang kita lihat umat Islamyang betul- betul mengamalkan Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah. Gerakan- gerkan dakwah menjadi sunyi sepi kerana ramai yang telah rebah di medan jaung sebelum tiba masanya dan kebanyakan manusia telah tergoda dengan hidangan- hidangan dan perhiasan dunia yang bermacam- macam. Aku juga kadang- kadang tergoda dan jatuh tetapi aku ingin menjadi yang asing.

Lihatlah dunia hari ini, di mana kuasa Islam?? Dimana kekuatan umatnya yang dapat kita lihat dan banggakan?? Di mana kesan perjuangan Salahuddin al- Ayubi dan Sultan Muhammad al- Fateh?? Kemana hilangnya semnagat mereka?? Jelas! Islam kini semakin tersiang. Bila disebut Islamapa yang orang Kafir fikirkan? Ya! Islam adalah terrorist. Adakah umat Islam hari ini sedar akan itu?Mana tentangan mereka terhadap ini? Tidak! Umat Islam yang banyak tidak dapat menentangnya kerana umat Islam hari ini ibarat seperti buih di lautan kerana kita juga yang mengikut cara mereka serta terpengaruh dengan pemikiran mereka.


Kembalilah menjadi orang- orang yang asing kerana yang asing itu terlalu sedikit. Kembali muhasabah diri, merenung hakikat kehidupan, di mana silap kita. Untuk menjadi orang- orang yang asing tidak mudah , iamemerlukan mujahadah yang sangat kuat dan aku sednag mencari kekuatan itu dan aku ingin dan harapkan ada kekuatan lain bersamaku. Jagalah muamalah lelaki dan wanita kerana tidak ramai yang menjaganya hari ini kononnya dikatakan sombong kalau tidak bertegur sapa, dikatakan tidak sporting, ketinggalan zaman , study, minta tolong dan sebagainya. Aku juga selalu tertewas namun aku dalam mujahadah dan terus mujahadah menetang nafsu. Padahal pandangan siapa yang kita harapkan?manusia atau pencipta kepada manusia itu? Yang memberi pertolongan adalah Allah S.W.T dan jangan pernah mengharap selain dari- Nya dan berbahagialah kiranya tiada manusia bersamamu kerana selagi kau beriman dan bertaqwa Allah is always be there for you.:)

Kembalikan kegemilangan Islam yang asing kini dengan mengasingkan dahulu diri kita. Kekuatan itu terletak pada hati dan bukannya pada fizikal seseorang. Salam mujahadah..