Ahad, 2 Januari 2011

EPISOD BARU.......

Salam kasih sayang, salam perjuangan untuk mu generasi pewaris para anbiya'.Sekian lama rasanya tangan ini tidak mecoret sesuatu di sini, antara alsannya ialah tidak berkesempatan dan kekurangan ilham maka laman ini dibiarkan sunyi tanpa khabar berita. Alhamdulillah, hari ini Allah telah mengizinkan kembali untuk aku berkongsi dengan kalian di sini.

Bermula semalam, tanggal 2 Januari 2011 aku kembali menjejakkan kaki di bumi tg.malim setelah sebulan menghabiskan masa di utara semenanjung tanah air dengan bermacam aktiviti bersama teman dan keluarga tercinta walaupun mungki n percutianku tidak semenarik orang lain seperti bercuti ke Cameron Highlands dan seumpamanya tapi aku gembira berda di samping insan2 tersayang.

2011 merupakan episod baru yang harus ditempuhi oleh aku dan keluarga. Aku kini berada di semester 6 pengajian yang mana telah menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar dan aku berjanji akan mendapatkan sasaran pointer yang aku harapkan. Bagi adik aku afiqah, kini berada di semester 2 di unisza dan harapan aku semoga dia akan menjadi semakin matang seiring usia nya. Bagi afifah adik aku yang ketiga pula, tahun ini sememangnya akan menjadi tahun yang penuh dan sibuk kerana dia merupakan calon spm 2011.Terasa begitu cepat masa berlalu, adik2 aku kini dahh besar dan hampir sama besar dengan aku.:). Muhammada adib yang merupakan satu2nya anaktunggal dalam keluarga dan yang paling manja kini telah memasuki alam sekolah menengah dan tahun ini dia akan belajar tinggal di asrama!. kebanyakan orang risau sama ada dia mampu atau tidak tinggal di asrama dan harapan aku sebagai kakak, semoaga adik aku tabah dan dapat mengahrungi semuanya dengan baik. Oh,ya adik aku ni sedang belajar dalam pengkhususan tahfiz.Doakan semoaga dia berjaya menjadi seorang al-hafiz.
Adik aku yang bongsu dan manja pula rabiatul adawiyah kini sudah masuk tahun lima tapi ada yang ingta dia baru nak masuk tahun satu.Ini mungkin kerana fizikalnya yang agak renek dan kelatahnya yang manja@ aku lebih suka kata mengada-ngada.:)

So, tahun 2011 ini membuatkan rumah a ku di perlis di huni oleh dua orang sahaja iaitu mak dana adik bongsu. Sudah pasti agak sunyi tapi semuanya harus dikorbankan demi sebuah perjuangan dan semoga pengorbanan ini akan menjanjikan kejayaan yang manis di hujungnya.

Sekian dahulu..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan