Rabu, 21 April 2010

CinTa SaHaBat~~~~


Selama ini ku mencari- cari teman yang sejati Buat menemani perjuangan suci Bersyukur kini padaMu Ilahi Teman yang dicari selama ini telah kutemui Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Ilahi Kepada Mu Allah ku panjatkan doa moga berkekalan kasih sayang kita Kepada Mu teman ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian Telah ku ungkapkan segala-galanya selama ini ku mencari- cari teman yg sejati buat menemani perjuangn suci bersyukur kini pada Mu Ilahi teman yg dicari selama ini telah ku temui denganya disisi pejuangan ini senang diharungi bertambah murni kasihh Ilahi KepadaMu Allah ku pohon restu agar kita kekal bersatu kepadaMu teman teruskn pejuangn, pengorbanan dan kesetiaaan telah ku ungkapkan segala-galanya itulah tandanya kejujuran kita... ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani pejuangan suci........


Alhamdulillah...setelah aku berusia 22 tahun aku rasa aku dah temui sebahagian dari apa yang aku nak dalam hidup ni dan aku telah berjumpa dengan insan- insan yang bagi aku adalah anugaerah tak terhingga dari Allah kepada aku. Aku sangat bersyukur kerana aku dikurniakan sahabt- sahabt yangsefikrah dengan aku atau satu matlamat. Matlamat utama kami dalamkehidupan ini adalah mencapai cinta paling Agung iaitu cinta Ilahi. Betapa bahagia dan nikmatnya mempunyai sahabt-sahabat seperti ini teras hidup begitu indah walaupun tidakdi isi gelak ketawa yang berderai- derai mahupun hang out pergi menonton wayang.

Dahulu aku rasa aku bersahabat kerana tidak mahuu bersendirian dan tidak mahu dikatankan tiadak ada kawan, dan aku juga tidak menafikan aku bershabat kerana ada unsur kepentingan untuk diri sendiri seperti berjalan bersama ke sekolah dankawanuntuk membuat kerja rumah sekali. Hmmm....tapi aku tidak menyesal kerana ukhwah itu akhirnya daopat aku rasai dan kenangan manis tetap segar dalam ingatan.

Hari ini, aku dapat rasakan setiap sahabat yang aku cinta muncul di minda setiap hari dan kerinduan tak pernah berkurang. Meskipun kami berjauhan tapi ingatan, nasihat, semngat dan perangsang tak prnah sunyi antara satu sama lain. Dan apbila seorang sakit maka yang lain turut rasa pedihnya ibarat cubit paha kiri paha kanan turut tersa.



Aku meras nikmat bersahabt dan ukhwah yang sebenar adalah semasa akuberada di tinkatan enam.mungkin ketika itu aku sudah sedikit matang dan bersahabat bukan untuk berseronok lagi tetapi kerana mengejar satu matlamat yang sama. Alhamdulillah, semua sahabat ku itu( puteri 7 orang) mempunyai peribadi yang mulia dan sefikrah atau satu kepala denganku. Kami sering bercakap tentang perkara2 meruntuhkan akhlak islam dan umatnya yang semakin terpesong. Bersama sahabat yang aku kenali sejak di tingkatan satu lagi, NADIA ABD RAHMAN, kmai sering bercakap tentang mati dan iman yang semakin bertambah dan berkurang. Dengan sahabat- sahabt tercinta ku seperti NURUL AFIQAH, MASTURA, WAN NURUL FARHANA, NORASYIKIN dan NUR ALHANA juga aku sering bermuzakrah atau berdiskusi tentang hal- hal yang menyakitkan iman dan akal. Walaupun kadang- kadang kami juga tidak terlepas dari tersa antara satu sama lain kerana masing- masing mempunyai perangai masing- masing. Aku semasa di tingkatan enam telah menjaddi seorang yang agak serius dan tegas ( sebab jadi pengawas kot) tapi dalam mas yang sama masih gemar membuli orang dan melakukan perkara yang melanggar displin terutama asrama! hehe...ponteng asrama dan tidur di rumah ustazah Asiah sudah menjadi kebiasan bagi aku dan kadang- kadang Nadia turut serta dalam agenda aku. Keesokan kami denag baju sekolah yang sama menumpang kereta ustazah ke sekolah, untuk pengetahuan anaka ustzah Asiah merupakan sahabat baik aku, jadi ketika dia cuti semester aku mengambil kesempatan melepak di rumahnya. Haahahahaha...ustzah pula ssporting gila.:).

Nadia Abd Rahman, sahabat paling lama yang aku kawan dan masih utuh persahabtan itu sejak dari tingkatan satu lagi.:)0. Karakter yang lemah lembut dan mempunyai wajah yang ayu memang dia akan memikta hati sesiapa saja yang memandang. Tidak dinafikan, kadang- kadang aku juga jelous sebab dia sering jadi perhatian ramai. Tapi itu dulu ketika masih tidak matang dan amat kebudak- budakan. Di sebalik wajah ayu itu, ada satu kedegilan juga sebenarnya dia ni, mungkin oran lain tak nampak tapi aku sering geram dengan dia, degil bila aku nasihat. Huhuhu..mungkin cara aku yang tak kena:) Ada juga kegilaan yang oran tak akan sangka.hmm..tak usah di cerita la... Alhamdulillah sekarang dia sudah berumah tangga dan menunggu saat kelahiran anak sulungnya. Nadia satu nama yang aku tak akan lupa dan aku ingat kerana terlalu banyak kenangan indah bersamanya dan kegilaan yang kami lakukan bersama sejak dari menengah rendahdan kami semakin matang dari semasa ke semasa. Kematangan kam membuatkan kami lenih menghargai erti persahabatan yang terbina kerana Allah S.W.T. Jika dulu yang sering dibicarakan ialah tentang siri kartun Dragon Ball dan Slamdunk tapi kini membicarakna bagaimana untuk tingkatkan keimanan, bagaimana untuk mujahadah bangun malam, bagaimana untuk membetulkan diri dan ummah dan sebagainya.


Mastura Ahmad. Bila aku terkenangkan dia, pasti aku akan tersenyum dengan keletahnya :).Jika dibandingkan dia dengan nadia, mugkin mastura lebih kelihatan lembut dan manja.Maklumla anak bongsu katakan.Mastura seorangyang tak jemu dipandang kerana senyuman sering terukir di bibirnya walu kadang- kadang ada juga dia bermasm muka tapi tak pasti kenapa dan kami semasa di asrama agak hairan dengan tingkah itu. Seorang yang lembut dan manja seperti mastura, sudah pasti akan mudah di buli. Siapa yang membuli? siapa lagi kalau bukan aku dan pn.nadia bt abd. rahman.Kesian mas...:) Mastura dtangya ke smkaa untuk ambil stpm, datangnya dari sekolah bersebelahan aasrama puteri smkaa iaitu al-maad.Orangnya pandai berpidato dan petah bertkata- kata. Dalam tingkatan enam, hanya aku dengan dia yang menjadi pengawas puteri. Hmm..jadi banyak perkara yang kami lakukan bersama dan kami bedua juga antara nama yang paling di ingati oleh guru- guru tingkatan enam tetapi nama mastura lebih di ingati kerana dia sering bertanya di dalam kelas berbanding aku walaupun aku lebih lama berada di smkaa. Kin mastura belajar di ukm dalamjurusan dakwah dan kepimpinan dan amat sesuai bidang itu dengannya. Kini, setelah nadia telah berumah tangga mas la tempat aku berkongsi rasadan aku juga menjadi tempat untuk mas mengadu dan bercerita sementelah kedua ibu dan bapanya telah pergi menghadap Ilahi dalam tempoh yang amat dekat. Kesian mastura tetapi dia seorang yang kuat dan aku sering meminta kata semagat dari dia. Alhamdulilah tiada lagi buli seperti dulu, ukhwah itu semakin teras jika Allah menjadi matlamat.:)

Norasyikin Abdullah. Orangya kecil molek tapi apabila bercakap laju seperti bertih jagung.:). Comel betul dia dan perkara yang aku suka pasl syikin ialah dagunya.:) Aku suka pegang dagunya ynag runcing dan kadang- kadang dia agak lema dengan cara ku itu.Tapi dia tak mudah melenting sebab itu bila dia larang berkali- kali pun aku tidak kisah.:). Syikin agak kamceng dengan nurul afiqah/ nurul( bakal dicerita) entah kenapa pun tak pasti sangat tapi mungkin kerana masing- masing mempunyai adik angkat dan adik angkat mereka pula berkawan baik.:). Syikin juga telah kehilangan ibunya setahun yang lalu akibat kemalangan . Kasihan kerana dia hanya mempunyai dua orang adik beradik dan dia juga merupakan anak bongsu. Syikin seperti mastura yang juga seorang yang amat kuat dan tabah..Aku kagumi. Apa lagi nak disebut tentang syikin?erm..sangat berjimat cermat berbanding aku, seorang yang rajin dan agak kuata berleter juga( berleter dekat aku) tapi aku suka cara dia yangtak menyakitkan hati.:) dan setiapkali cuti smester pasti kami akan berjumpa kerana rumah kami agak dekat dan aku la yang akan selalu berkunjung ke rumah dia . Dia akn singgah ke rumah aku sekiranya nak ke mana- mana dengan aku sebab mudah dapat bas dekat rumah aku. Dia kini study di udm, jauh sangat minta universitiberbanding orang lain, mengambil kos yang sama dengan aku, dia jak aku mengisi universiti yang sama ketika mengisi borang pemohonan upu tapi aku dah tawar hati dengn udm sebab masa aku minta selepas spm dulu tak dapat.:(. Tapi kini sedikt penyesalan di hati sebab sahabat baik aku ramai di sana dan aku kesorangan di UPSI.

Nurl Afiqah. Satu nama yang comel seperti tuannya juga. Sahabat- sahabt di tngkatan enam memang comel- comel belaka.:). Nurul pada pandangan sahabat putera seorang yang fanatik dengan kumpulan devotees..hahaha..entahlah..Dia kinimenjadi guru / ustazah di taman asuhan kanak- kanak dan mengajar al-Qur'an.Wah! cemburuaku denagnnya, sudahla mendapat gaji setiap bulan, pahala juga tak putus- putus. Alhamdulillah, rumah aku dan rumah nurul pun agak dekat, dalam kawasan yang sama dan nurul seprti syikin juga yang akan sentiasa singgah di rumah aku bila kami nak kemana- mana.:) Nurul seorang yang pendiam dan penuh berahsia. Sukar untuk aku gambarkan sepenuhnya tentang nurul. Nurul seorang yang sentiasa cool bagi aku tapi dlam hati siapa tahu, hanya Allah dan empunya diri saja yang tahu. Erm, semasa di asram nurul juga antara senir yang digemari adik- adik dan mungkin kerana dia sememangnya cool berbading aku yang orang agak takut.( ye ke takut?) Kerana memiliki wajah yangayu dan lembut seperti nadia, nurul juga sering menjadi usikan pelajar nakal tapi dia tak layan pun.

Wan Nurul Farhana. Tak susah untuk menggambarkan perwatakannya. Dia seorang yang happening tapi agak mudah merajuk semaa di sekolah dulu.Minat dengan serita- cerita korea dan gemar melakat animate dan fesyen.Kami sering meminta wanuntuk melakar fesyen- fesyen yang kami minat. Wan juga mempunyai sura yang agak bagus dan suka menyanyi.Lagi tentang sahabat ku nan seorang ini ialah fanatik pada certa korea!hehe.masa di sekolah dulu aku agak risau dengan mintnya terhdap rancangan tv dan membaca novel. Tetapi tak pula aku risau tentang aku yang melepak di rumah ustazah untuk tengok cerita korea walaupun ketika itu sedang trial exam!:). Kini dia sedangstudy di KUIN, ;) Alhamdulillah dan mengambil kos syariah. Dan sedikit- demi sedikti dia berubah dan kini telah memakia niqab dan menemui cita sejatinya yang teragung iaitu cinta Ilahi. Aku amat gembira denga perubahan itu dan terasa semakin sayang dan ukhwah aku dan dia terasa lebih ibdah dan semoga Allah juga menunjukkan jalan yang benar kepada aku dan sahabta yang lain.


Nur Alhana. Tidak aku nafikan yang hubungan aku dengan k. na selepas sekolah agak renggang bukan kerana apatetpi kerna kesibukan masing- asing. Apatah lagi k.na kini memegang jawatan penting dalam PAS negeri. Kenapa k.na??ni kerana umurnya lebih setahun dari sahabat- sahabat yang lain.:) K.na uga merupakan seorang guru tadika seperti nurul.Alhamdulilah.K.na berpewatakan seperti ibu bagi kami, ialah kerana dia juga adalah kakak dan wataknya yang lembut dalam tegas. Amat sayang pada k.na yang juga mempunyai hubungan saudara dengan aku.K.na seperti syikin dan masyang datang dari al-maad.K.na mempunyai banyak idea dan mempunyai ciri kepimpinan tetapi tolak ketika dilantik menjadi pengawas dan memilih untuk menjadi pengawas perpustakaan bersama syikin.Entahlahbanyak ang aku nak gambarkan tetang k.na, terlaul banyk hingga tak tegambar disini. Oh ya, kadang- kadang k.na juga tak la smatan mana. heheh..ada jugaperilakunya yang seperti budak- budak.hehehe..makan lolipop.maaf k,na.





Duhai sahabat- sahabat tercinta, moga kita akan kekal bersahabat selmaya hinnga ke alam sana. Sebenarnya ramai lagi sahabat- sahabat yang aku sayangi yang aku coretkan disini tetap pada kali ini aku hanya mencoretkan sahaba sahabt semas di tingkatan enam dahulu kerana setiap waktu dan ketika kami sering saja bersama. Satu kelas, satu dorm dan satu matlamat. Biarpun apa yang kami lakukan kini tidak sama tetapi perjuangan dan matlamat itu masih sama iaitu demi Islam tercinta dan kerana itu ukhwah itu semakin terasa. Walau jarak dan waktu memisahkan kami tetapi ukhwah itu berpanjangan dan sentiasa mekar. Masih ku ingat semasa di kem BTN, kami bertujuh menjadi perhatian kerana pakaian dan tingkah kami yang berbeza dari yang lain. Pelajar sekolah lain agak hairan dan terkejut kerana natara kami dan pelajar muslimin walaupun satu kelas tetapi semasa di dalam kumpulan tidak berbicara antar satu sama lain dan seolah- olah tak pernah mengenali pun. Alhamdulilah ada yang mendekati dan bertanya untuk memiliki tudung labuh yang seperti kami pakai.:)

Aku mencintai sahabt kerana cintanya pada Allah dan Islam, andai hilang cintanya pada Alllah maka hilanglah cintaku padanya. Aku harap ukhwah ini indah selamanya dan tidak dicemari oleh perasaan lain selain dari Allah. Alhamdulillah, syukur aku kepada Allah dengan kurniaan anugerah tidak terhingga seperti sahabat semua.:) <3

1 ulasan: