Ahad, 21 Februari 2010

Bunga dan Kumbang Sakti..

Bunga mekar di taman larangan
Elok kelopaknya, elok harumannya
Dijaga rapi Sang Penjaga
Dihias tertib tiada tercela

Aku menyaksikan bunga itu kembang
dan aku juga menyaksikan bunga itu layu.
Lantas! Siapa yang harus kupersalahkan?
Bunga itu? Atau kamu sang kumbang?
Atau kamu?

Tika bunga itu mula menjalar indah ke hentian tertinggi,
kau datang merampas langkahnya.
Kau datang menghalang Cintanya.
Ya!
Kamu datang menghalang cintanya
pada Raja Segala Cinta.
Masakan tidak kamu ketahui?
Cintanya itu milik Raja Segala Cinta!
Kamu tahu itu?
Kamu sedar itu?
Bukankah kamu kumbang sakti?
Mengapa tegar untukmu
merampas dan merosak cintanya pada Si Dia?

Kamu datang membawa sejuta janji
Kamu datang membawa sejuta pengharapan
Dia itu bunga, wahai kumbang.
Dia itu bunga.
Disentuh oleh tangan asing, layulah dia
Dibuai cerita angkasa melangit, terbanglah dia.

Jangan kau gantung dia tiada bertali
Jangan kau biarkan dia lemah tiada hati
Jika benar kamu kumbang sakti, bunga itu tidak perlu tersungkur.
Petiklah dia.
Secepatnya.
Lekas! Jangan sampai bunga itu hilang seri
Saktimu dan serinya akan mengembalikan cahaya alam buana ini.
Bukankah itu ajaran Rasul kita?
Bukankah itu mengelakkan kemurkaan Tuhan kita?
Dari kamu berterus-terusan menghentak kaki, ego tiada bertepi, lekaslahhh..
Petik bunga itu dan berlarilah kamu di syurga nanti

Aku sayangkan bunga
dan kamu wahai kumbang
Cinta mana yang harus kusumpah menjadi racun?
Cinta yang membuatkan bunga dan kumbang tenggelam di alam fantasi.

Siramkan air dan baja
Mentari! Pancarkan cahaya!

Sempurnakan ia mengikut acuan yang sudah ditetapkan
Jangan diambil racun berbisa andai taman syurga bisa jadi milik kalian berdua

Petik dia.
Mohon petunjuk Raja Segala Cinta
Minta restu kedua orang tua
Dan aku mendoakan sentiasa

bukan aku memaksa.
tapi aku terpaksa
sampai bila harus kau biarkan bunga itu terkulai di situ?
dia perlukan jawapan.
petik dia secepat yang kau mampu kumbang..
andai bunga itu yang hadir dalam petunjukNya
andai bunga itu yang tersenyum indah dalam mimpimu

andai kamulah kumbang sakti itu..
buktikan pada dunia kamu punya kuasa itu

Allah akan mempermudahkan segalanya.
Janji Allah itu pasti
^-^

*Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang dikehendakiNya. *



[At-Talaq:2-3]

Selasa, 9 Februari 2010


Menangislah andai itu yang mampu mengembalikan semangatdan senyumanmu,menangislah seandai itu yang mampu mententeramkan jiwamu kembali,menagislah sekiranya air mata yang mengalir itu bisa menghapuskan segala duka mu.. Oh Tuhan, sukarnya untuk aku mengalirkan air mata walu hati pedih terhiris. Kenapa air mata ini tidak ingin lagi mengalir untuk menghapuskan duka ku?Adakah kerana kerasnya hati lantaran dosa- dosa yang telah dilakukan? Atau mungkinkah hatiku masih kuat untuk menelan segala kepahitan ini. Terlalu lama sudah aku tidak merasa nikmatnya menangis..menangis kerana manusia.. Aku kini tidak lagi ingin menangis kerana sakitnya hati terhadap manusia.Aku sudah lali kerana tiada guna untuk kita menagis kerana manusia yang juga tidak sempurna.Hanya merugikan.Dahulu aku kerap kali menangis lantaran hatiku yang terlalu sensitif kemudia aku mohon pada Allah supaya aku diberi kekuatan hati untuk aku menelan segalanya dengan penuh ketabahan kerna seandainya aku terus menjadi lemah aku tidak mampu meniup semngat kepada insan lain terutamanya adik-adikku. Subhanallah llah Maha Pengasih. Kita adalah manusia yang banyak kelemahannya, namun begitu jangan sesekali tunjukkan kelemahan itu terutamanya kepada musuh. Biar sakit hati dihiris, merayulah pada Allah kerana Dia akan memakbulkan doa orang yang teraniaya.InsyaAllah selagi kita benar, tiada siapa bisa mengubahnya kerana Allah Maha Berkuasa. Menangislah di hadapan Allah selayaknya..

Ahad, 7 Februari 2010

UMPAMA BELAYAR DI ATAS SEBUAH KAPAL...


Daripada al-Nu'man bin Bashir bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya: " Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran- ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan. Sebahagian dari mereka memperoleh tempat di bawah. Orang yang berada di bawah naik ke atas untuk mengambil air, mereka mengganggu orang yang tinggal di atas. Kemudian orang yang berada di atas berkata: 'Kami tidak akan membiarkan kamu naik menyakiti kami'. Lalu orang yang berada di bawah berkata: 'Sseungguhnya kami menebuk lubang pada pada kapal di bahagian bawah untuk mengambil air'. Kalau merekaa menahan 'tangan' mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada di bawah itu, maka selamatkanlah semuanya, tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja, maka mereka akan tenggelam semuanya". Beginilah realiti kehidupan di mana terdapat dua golongan iaitu golongan yang soleh dan golongan yang ingkar. Sekiranya orang soleh membiarkan sahaja golongan yang melakukan maksiat bermaharajalela melakukan apa sahaja yang mereka suka, kehancuran akan menimpa semua manusia. Sebaliknya jika orang soleh melaksanakan seruan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka semua manusia akan selamat daripada bala Allah s.w.t.

Selasa, 2 Februari 2010

Ingin Kembali..

Pernah aku merasa saat manis itu
ketikaitu terlalu tenang
aku sangat gembira
dan aku
ingin gembira lagi..

Entah rasukan apa
kini aku terlalu jauh dari ketenangan itu
semuanya salah aku
terlalu mengikut hawa nafsu

Aku ingin gembira lagi Ya Allah
gembiranya saat hati sering mengingatiMu
gembira saat takut akan dosa yang dilakukan
gembira ketika sangat khusyuk sujud padaMu

Akusedar hari ini
aku telah jauh dariMu
Aku juga sedar aku terlalu jauh dari RahmatMu
Aku sedar hatiku sudah tidak seperti dulu
sering lalai dan terpesona pada yang batil

Tuhanku..
seringkali aku menyesali perbuatanku
seringkali aku tertekan
rupanya hidup tiada indah
jika bukan Allah dalam hati

Tuhanku..
kembalikan aku di jalanMu
aku ingin kembali gembira
aku sudah tidak sanggup hidup dalam kegembiraan
yang palsu
biarkan aku kembali mencintaiMu
kurniakan apa yang terbaik untukku..

Tunjukkan kepadaku jalan pulang..