Sabtu, 17 April 2010

TERASING DI BUMI SENDIRI...


"Sesungguhnya Islam bermula dengan keadaan asing, dan akan kembali asing, maka berbahagialah orang- orang yang asing." Rasulullah telah bersabda seprti ini agar menjadi pedoman bagi umat Islam sekelian alam. Tapi adakah kita telah menjadi antara orang yang asing? Bukan pendatang asing tanpa izin ataupun makhluk asing tapi asing dari yang biasa . Apakah yang anda faham di sini tentang seruan '...maka berbahagialah orang-orang yang asing?'

Pada hemat aku dan apa yang aku faham melalui pengajian dan pembacaan, yang dikatakan orang- orang yang asing adalah orang yang bebas dari melakukan dosa tetapi bukanlah ma'sum kerana Nabi pilihan Allah saja yang layak digelar ma'sum. Yang dimaksudkan sebenarnya adalah mereka yang sentiasa mengelak dari melakukan dosa dan berusaha untuk merebut cinta ter Agung iaitu cinta Ilahi. Asing yang aku fahami juga adalah tidak menghampirkan diri kepada perkara yang melalaikan. Seperti yang kita ketahui, sudah tidak ramai yang kita lihat umat Islamyang betul- betul mengamalkan Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah. Gerakan- gerkan dakwah menjadi sunyi sepi kerana ramai yang telah rebah di medan jaung sebelum tiba masanya dan kebanyakan manusia telah tergoda dengan hidangan- hidangan dan perhiasan dunia yang bermacam- macam. Aku juga kadang- kadang tergoda dan jatuh tetapi aku ingin menjadi yang asing.

Lihatlah dunia hari ini, di mana kuasa Islam?? Dimana kekuatan umatnya yang dapat kita lihat dan banggakan?? Di mana kesan perjuangan Salahuddin al- Ayubi dan Sultan Muhammad al- Fateh?? Kemana hilangnya semnagat mereka?? Jelas! Islam kini semakin tersiang. Bila disebut Islamapa yang orang Kafir fikirkan? Ya! Islam adalah terrorist. Adakah umat Islam hari ini sedar akan itu?Mana tentangan mereka terhadap ini? Tidak! Umat Islam yang banyak tidak dapat menentangnya kerana umat Islam hari ini ibarat seperti buih di lautan kerana kita juga yang mengikut cara mereka serta terpengaruh dengan pemikiran mereka.


Kembalilah menjadi orang- orang yang asing kerana yang asing itu terlalu sedikit. Kembali muhasabah diri, merenung hakikat kehidupan, di mana silap kita. Untuk menjadi orang- orang yang asing tidak mudah , iamemerlukan mujahadah yang sangat kuat dan aku sednag mencari kekuatan itu dan aku ingin dan harapkan ada kekuatan lain bersamaku. Jagalah muamalah lelaki dan wanita kerana tidak ramai yang menjaganya hari ini kononnya dikatakan sombong kalau tidak bertegur sapa, dikatakan tidak sporting, ketinggalan zaman , study, minta tolong dan sebagainya. Aku juga selalu tertewas namun aku dalam mujahadah dan terus mujahadah menetang nafsu. Padahal pandangan siapa yang kita harapkan?manusia atau pencipta kepada manusia itu? Yang memberi pertolongan adalah Allah S.W.T dan jangan pernah mengharap selain dari- Nya dan berbahagialah kiranya tiada manusia bersamamu kerana selagi kau beriman dan bertaqwa Allah is always be there for you.:)

Kembalikan kegemilangan Islam yang asing kini dengan mengasingkan dahulu diri kita. Kekuatan itu terletak pada hati dan bukannya pada fizikal seseorang. Salam mujahadah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan