Khamis, 15 Julai 2010

Perjuangan dan Rindu...

Memasuki semester baru sudah semstinya menjanjikan sesuatu yang lebih mencabar, seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab serta manah yang kian bertambah. Dan semoga dengan cabaran- cabaran ini tidak akan mematahkan semangat kita sebagai seorang pelajar mahupun sebagai khalifah Allah untuk mentdbir bumiNya malah biar ia menjdi pembakar semangt untuk kita kembali kepadaNyA dengan selamat. Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit usah dihitung kerna jika ikhlas dan betul niat d hati pasti ia akan terbayar di sana suatu hari nanti.:).

Antara perjuangan sebagai mahasiswa di kampus dan nafsu untuk sering berada di samping keluarga tersayang sering menjadi dilema , dan selalunya aku akan memilih untuk berada bersama keluarga lebih lama sama ada keluarga di k.l atau di perlis.:) Tapi aku sedar kini setelah menjejakan kaki di semester lima aku harus membuata najakan paradigma yang baru iaitu korbankan masa dengan keluarga untuk sesuatu yang 'penting '.

Antara rindu dan perjuangan kini aku memilih perjuangan.....bila rindu boleh telefon..hehehe...:) dan apa yang aku rasakan kini ialah selagi di beri kesempatan kenapa tidak aku korbankan masa muda ini untuk sesuatu yang penting dan aku pasti menyesal kiranya aku membiarkan masa muda ku berlalu begitu sahaja..:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan