Ahad, 20 Disember 2009

PEREMPUAN....

Jangan kau huraikan harum rambut mayangmu
kepada lelaki bukan suamimu
kerana itu adalah rangsangan
yang amat pantas
menyentuh nurani adam

Maka tutpkanlah ia kembali
agar dengan itu
engkau sebenarnya akan lebih kelihatan
manis, sopan dan mulia

Kadang-kadang
di waktu akhir zaman ini
kau perempuan
sering dianugerahkan kecantikan
untuk menjadi siti yang soleh
atau sekaligus dengan keayuan itu pula
ia bakal menghancurkan diri mu sendiri

Moga- moga kau perempuan
tidak akan menjadi kelekatu
yang acap kali kecundang
atau patah serta terbakar sayapnya
dek memburu cahaya api

Lantaran sabda Rasul tercinta:
" Sesungguhnya
aku sudah sampai ke neraka
lalu aku dapati kebanyakan mereka
yang sedang berbaris
untuk masuk ke dalamnya
adalah terdiri daripada
orang- orang yang kaya
dan mewah hidupnya
sewaktu di dunia dahulu
dan....
paling ramai isi neraka itu ialah
kaum perempuan".

Sumber: Zahari Hasib Majalah SOLUSI isu no.10.