Jumaat, 16 April 2010

.Syaitan Bisu..


Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mencoret sesuatu di sini, saat ini sekali lagi aku berkesempatan untuk mencurahkan apa yang bermain di benakku untuk perkongsian bersama. Apa yang ingin aku paparkan di sini bukanlah mengenai isu politik semasa ataupun kisah harimau terlepas kandang ataupun banjir di pantai Timur. Apa yang ingin aku konsikan bersama sahabat semua adalah tentang naluri hatiku dan sakitnya jiwaku melihat rakan- rakan yang satu pengajian, satu perjuangan semasa di sekolah telah berubah haluan. Aku menjadi pelik sedangkan mereka itu adalah orang yang kebanyakannya tinggi ilmu pengetahuannya, semasa di sekolah sangat hebat, memegang jawatan yang tinggi, harapan sekolah.Tapi, kemanakah telah hilang ilmu yang diberi ustaz dulu, tazkirah setiap minggu yang di dengar di asrama mahupun perhimpunan pagi?? Benarlah kata pujangga Arab, ilmu tanpa amal memang sia- sia.

Semua ini dapat kulihat di halamn sosial terhangat di pasatran masa kini, apa lagi kalau bukan ' Muka Buku' kesayangan ramai. Di sini bukanlah aku nak mendabik dada mengata aku yang terbaik dan tidak pernah kecundang denga godaan dunia tapi apa yang aku lihat ramai yang telah tersasar dari akhlak islam sebenar, aku juga bukan seorang yang sangat berakhlak tapi masih menjaga apa yang terlalu patut di jaga. Astagfirullahal'azim yang mendapat pendidkan agama sejak awal bangku sekolah juga dah terpesong akhalak bukan akidah..nau'zubillahiminzalik apatah lagi bila melihat remaja2 sekolah biasa yang hangat bercumbuan denga pasanagn masing- masing. Itu apa yang berani di paparkan kepada khalayak, belakang sana wallahu'alam. Sedih sekali, lelah jadinya aku. Siapa yang harus dipersalahkan?? jangan sesekali menyalahkan ibu mengandung. Telah dihantarkau ke sekolah yang baik agar mendapat didikan yang sempurna dan berakhlak muliatapi natijahnya?? tepuk dada tanya iamn..dunia semakin tua..

Aku tak ingin menjadi syaitan bisu yang mana tahu keburukan dan maksiat yang terang- terangan tapi tidak berani menegah,telah ku nasihati seorang sahabiah yang pernah menjadi sahabat satu pengajian tentang tingkahnya yang dipapar di laman web F*. Tapi mungkin aku belum cukup ikhlas atau niatku tidak terusik dijiwanya maka dia tidak mempedulikan teguran itu, malah diremovenya aku sebagai 'kawan' di laman tersebut. Aku tidak sedih dan perlu terlalu kecewa kerana aku sedar jalan dakwah itu tidak mudah dan penuh mehnah. Andai ia mudah, sudah pasti ramai yang bersamanya. Aku menjemput lagi dia sebagai kawan dan aku harap dia aknterima kembali. Sahabat aku yang sefikrah denag aku juga pernah menegurnya secara direct di laman tersebut, juga turut mendapat nasib yang sama seperti aku,malah diperlinya lagi. Sungguh sedih.

Apa pun aku sedar, manusia hanya layak menyeru dan tiada hak untuk mengubah dan sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan aku penuh mengharap agar mereka yang ku sayangi, aku kenali dan seluruh yang bernama Islam kembali pulang kepada Allah. Dunia sudah terlalu uzur, macam- macam penaykit telah muncul. Jadi bilakah lagi???keindahan dunia memang sering menggoda kita dan kita tidak akan pernah puas untuk memilikinya hingga tiba suatu saat, matahari muncul di sebelah Barat , adakah ketika itu baru ingin menyesal? Nauzubillah..mohinlah sentiasa moga kita ditunjukkan jalan yang benar..Allah Maha Pengasih..
Untuk mujahadah memang susah kerana syurga itu sugguh manis..aku?? aku masih terus mencari hingga ke titik penamat...:)<3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan