Ahad, 7 Februari 2010

UMPAMA BELAYAR DI ATAS SEBUAH KAPAL...


Daripada al-Nu'man bin Bashir bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, maksudnya: " Perumpamaan orang yang melaksanakan ajaran- ajaran Allah dan orang yang melanggarnya adalah seperti kaum yang menaiki kapal dan belayar di lautan. Sebahagian dari mereka memperoleh tempat di bawah. Orang yang berada di bawah naik ke atas untuk mengambil air, mereka mengganggu orang yang tinggal di atas. Kemudian orang yang berada di atas berkata: 'Kami tidak akan membiarkan kamu naik menyakiti kami'. Lalu orang yang berada di bawah berkata: 'Sseungguhnya kami menebuk lubang pada pada kapal di bahagian bawah untuk mengambil air'. Kalau merekaa menahan 'tangan' mereka dan mencegah perbuatan mereka yang berada di bawah itu, maka selamatkanlah semuanya, tetapi sekiranya mereka membiarkan sahaja, maka mereka akan tenggelam semuanya". Beginilah realiti kehidupan di mana terdapat dua golongan iaitu golongan yang soleh dan golongan yang ingkar. Sekiranya orang soleh membiarkan sahaja golongan yang melakukan maksiat bermaharajalela melakukan apa sahaja yang mereka suka, kehancuran akan menimpa semua manusia. Sebaliknya jika orang soleh melaksanakan seruan kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka semua manusia akan selamat daripada bala Allah s.w.t.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan