Ahad, 1 November 2009

Susu Kambing Amalan Rasulullah..

Apabila dusebut tentang susu, sudah pasti kita akan membayangkan susu lembu yang kian banyak dipasaran kini. Kadang- kadang kita sering mudah tertipu dengan iklan yang terdapat di media massa hari ni.Hakikat sebenarnya, susu kambing jauh lebih berkhasiat berbanding susu lembu. Jangan kita lupa, sejarah manusia di dunia ini adalh dengan menternak kambing. Habil dan Qabil antara penternak kambing terawal di dunia. Selain itu Nabi Ibrahim A.S juga adalah antara penternak kambing yang agung. Rasulullah S.A.W juga merupakan seorang pengembala kambing yang sangat agung. Rasulullah S.A.W mengamalkan meminum susu kambing setiap hari yang diminum terus selepas diperah.

Jika dikaji sebenarnya orang yAhudi sendiri yang merupakan bangsa yang 'bijak' itu telah mengamalkan meminum susu kambing dari zaman Nabi Musa A.S sehingga ke hari ini tetapi mereka telah menjual kepada kita sus lembu yang telah diformulakan kerana mereka menyedari hakikat kebaikan susu kambing.Saya past masih ramai yang tidak berminat untuk meminum susu kambing kerana baunya atau kerana beranggapan ia boleh menyebabkan darah tinggi. Namun hakikatnya bukan begitu kerana susu kambing amat sedap dan tidak mendatangkan alahan malah merupakan penawar bagi banyak penyakit.

Susu kanbing merupakan penawar yang sangat digunakan oleh ramai orang apabila terdapat bayi yang dilahirkan mendapat penyakit kuning. Hal ini sebenarnya boleh dielak dengan lebih awal oleh si ibu yang mengandung dengan mengamalkan meminum susu kambing ketika mengandung.Susus kambing inu juga baik untuk mengurangkan serta menghindarkan penyakit sreperti hepatitis, migrain, sukar tidur dan lain- lain lagi.

Sepertimana yang diketahui setiap amalan Rasulullah itu adalah yang terbaik yang perlu kita amalkan, namun amalan meminum sus kambing ini merupakan amalan yang kian dilupakan kerana kita kini banyak yang mengamalkan meminum susu lembu.Bagi yang tidak suka meminum susu bolehlah cuba mengamalkan dengan meminum susu kambing kerana ia sangat mudah dihadam. Kini terdapat banyak produk susu kambing yang terdapat di pasaran namun carilah yang berkualiti serta halalan toiyiba..

Selamat beramal.:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan