Isnin, 2 November 2009

Penyakit Orang Kita dan Mereka...

Zaman berzaman telah berlalu dan ia merupakan sejarah agung yang perlu kita ingati dan jadika pengajaran, tapi perkara ni jugalah yang tetap membarah dalam masyarakat kita dan mereka. Telah diberi peringatan sejarah yang baik perlu dijadikan ikutan dan yang buruk perli dijadikan teladan tetapi yang dipraktikkan sebaliknya. Apa yang ingin aku sampaikan disini adalah berkaitan dengan penyakit hasad dengki atau pHd.Sudah lupakah kita pada sejrah Habil dan Qabil yang mana merupakan dua bersaudara tetapi akhirnya berlaku pembunuhan pertama di atas muka bumi Allah kerana adanya perasaan HASAD dan DENGKI. Apa masih belum sedarkahkita betapa buruknya akibatnya.??

Hari ini, penyakit hasad dan dengki boleh dikatakan tumbuh dalam diri setiap orang kecuali yang benar- benat beriman dan bertakwa.Mengapa perlu dengki?Tidak cukpkah dengan apa yang telah dikurniakan Allah? sudah menjadi fitrah manusia tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Sakitnya penyakit hasad dengki ini hanya dapat dirasa apabila jiwa seseorang itu telah benar- benar sembuh dan merasa damainya menerima ketetapan Allah.Sememangnya ada dengki yang diharuskan didalam Islam iaitu seperti dengki dalam menuntut ilmu. Tetapi tidak ramai yang dengki dalm menuntut ilmu dan yang ramai hanya yang dengki kerana tidak puas hati terhadap kekayaan, kecantikan dan sebagainya.

Dimana- mana sahaja aku pergi hari ini aku dapat melihat betapa dahsyatnya penyakit hasad dengki ini dalam masyarakat kita hari ini. Allah, entahlah ia bukan sahaja berlaku kepada golongan yang berpengetahuan rendah tetapi turut berlaku dalam kalangan masyarakat kampus serta ahli- ahli korporat yang berjaya. Apakah kita ingin bermusuhan sesama saudara kita sendiri dan akhirnya di akhirat kelak kita memakan daging saudara kita sendiri? Apakah kiata mahu jadi seperti bangsa Israel yang dengki kepada umat Islam kerana memiliki Masjidil Aqsa dan ingin menghapuskannya? Sanggupkah kita menjadi penghapus kepada bangsa kita sendiri?

Saudaraku sekelian, sesungguhya aku amat sedih apabila aku terkenangkan penyakit hasad dengki ini kerana ia ibarat asid yang boleh menghakis segala amalan kita dan meyebabkan hati dan jiwa kita semakin sakit. Apa gunanya kita sembahyang tetapi hati masih tidak redho dengan ketetapan Allah?Jagalah hati mu dari sifat hasad dan dengki, sentiasalah berzikir mengingati Allah kerana ia antara amalan yang boleh menyembuhkan sakit di hatimu. Sesungguhnya aku juga manusia biasa yanga masih mencari keredhaan Allah dan mencari sekeping hatiyang benar- benar bersih dan suci. Walaupun susah namun sekiranya kita berazama dan berusaha insyaAllah jalan menuju Allah itu akan menjadi mudah untuk kita.

Aku yang hanya menumpang disini dan akan terus belayar menuju negeri abadi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan