Isnin, 8 Mac 2010

Maafkan aku teman....

Maafkan aku temanandai sering menyakiti hatimu. Bukan niat aku untuk menyakiti tapi inilah aku, aku sedar kelemahan ini pantang orang berkata pasti aku balas kata-kata itu terutamanya dari kau . Entah la..aku sendiri pun tak fahamkenapa mudahsangat aku membalas kata- kata yang datang dari kau. Mungkimn kerana kau juga tidak suka dilabel lemah dan begitu juga aku.Astagfirullah.Kenapa aku trlalu mengikut hati yang mana akhirnya memakan diriku sendiri.
Hatiku tidak tenteram setelah aku menyakiti hati orang lain. Aku sedar setiap hari aku melakukan dosa dengan sedap berkata- kata tanpa memikirkan hati orang lain,berdosanya aku..maafkanlah aku teman. Aku tidak berani untuk meminta maaf di hadapan mungkin kerana ego masih tebal atau malu denagn diri sendiri. Aku hanya mampu meminta petunjuk dari Allah. Moga Allah membantu aku.moga kalian memahami aku. Bukan untuk minta difahami sepenuhnya tapi untuk sekali ini fahamlah aku mohon maaf..mohon maaf sebelum terlambat..:(

Aku sayang semua...